Latihan Tactical Airland Operation : Uji Daya Saling Operasi TUDM Bersama Gerak Khas

16 Mei 2019

TALO Latihan Tactical Airland Operation : Uji Daya Saling Operasi TUDM Bersama Gerak Khas

Latihan TALO TUDM (all photos : TUDM)

LABUAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) telah mengadakan latihan Tactical Airland Operation (TALO) bagi menguji siap siaga pesawat C-130H, EC725 dan pasukan khas, di Labuan.

TALO merupakan latihan serangan taktikal berskala besar bagi menguji siap siaga dan tahap daya operasi pesawat C-130H dan EC725 bersama pasukan khas.

Latihan diteruskan pada hari ini dengan perlaksanaan latihan fasa ‘On Ground’ pada pesawat C-130H.

TALO Latihan Tactical Airland Operation : Uji Daya Saling Operasi TUDM Bersama Gerak Khas


Fasa ini merupakan fasa penting dimana setiap teknik dan gerak taktikal yang akan digunapakai oleh pasukan khas diselaraskan bersama anak kapal. Penyelarasan dilakukan bagi memastikan keselamatan dan ketepatan misi penerbangan tercapai.

Turut dilaksanakan adalah sesi taklimat oleh Subject Matter Expert (SME) yang terlibat dan ulangkaji prosedur serta senarai semak penerbangan.

TALO Latihan Tactical Airland Operation : Uji Daya Saling Operasi TUDM Bersama Gerak Khas


Latihan taktikal TUDM bersama Eksesais Beruang Ganas anjuran PULPAK ini melibatkan No 14 Skuadron(Skn), No 20 Skn dan No 5 Skn. Latihan bersama ini diadakan pada 8 Mei sehingga 18 Mei 2019 di Labuan.

Majlis pembukaan latihan ini telah dirasmikan oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Yazid Hj Arshad TUDM di 14 Skn pada 8 Mei lepas.

(AirTimes)

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *